Wednesday, October 24, 2007

Permulaan yang baik, insyaAllah...


Salam ...
( Nih gambar dua orang anak teruna saya), berbaju purple , Ahmad Naiem dan yang pegang buku Nu'man )

Tak sangka dapat jugak saya memiliki blog sendiri. Ini pun berkat rajin menelusuri blog Dr Ariffaizal tiap hari, sentiasa dapat ilmu baru..

tapi , tak ramai blogger yang rajin kemaskini maklumat di lamannya..Dan adakah saya juga akan menjadi salah seorang darinya? Mudah-mudahan tidak, InsyaAllah.

Saya tak pernah belajar komputer secara rasmi. Teringat dulu mula2 pulang dari belajar dari Egypt, takut sungguh nak guna komputer. Seboleh-bolehnya masa tu segala urusan janganlah memerlukan saya mendekati komputer. Tp keadaan berubah semasa saya memulakan diploma pendidikan di UKM, semua assignment mesti taip komputer, bahkan terpaksa belajar buat laman web lagi! Lepas tu, tahun 1999 saya mula bekerja, ada duit sikit lebih pinjaman pelajaran masa diploma, saya terus berani beli komputer. Dah ada komputer sendiri, saya guna dan cuba2 sendiri di samping bertanya dari orang lain. Alhamdulillah, hari ni saya mahir juga guna Word, p.point, publisher. Dan la ni, saya ingin kemahiran menerobosi maya, dan ini permulaan pertama saya, memiliki blog sendiri...

InsyaAllah, saya bakal meneruskan pengajian peringkat sarjana di UKM di dalam bidang Psikologi Pembangunan Manusia pada tahun hadapan. Belajar sepenuh masa di samping menerima gaji seperti biasa memungkinkan saya memiliki keupayaan yang lebih untuk menguasai kemahiran ini.

Keinginan saya begitu menggebu untuk meneruskan pengajian psikologi, mungkin cara ini membolehkan saya memahami tentang dunia Colour Vibration Therapy dengan lebih baik. Saya meminati dan cenderung guna perubatan alternatif. Dgn CVT, saya berminat hingga mengeluarkan sekian RM untuk mempelajarinya melalui kursus asasnya. Tp , saya belum begitu menguasainya lagi. Bila terjumpa blog Dr Ariffaizal, saya begitu teruja! Byk sungguh perkongsian ilmu berlaku setiap kali saya menelusuri blog tersebut. Anda juga boleh turut sama berkongsi pengalaman tersebut dengan menjejaki " rawatankesihatan@blogspot.com ".
Saya giat menjalankan kelas-kelas pengajian agama di sekitar seremban, maklum lah saya bekerja sebagai pegawai hal ehwal Islam di N. Sembilan. Ada juga menulis artikel di majalah Jabatan saya sendiri ( majalah nur ) dan jabatan mufti ( majalah At-toriq ). Saya juga merupakan panel penterjemah kitab B. Arab di Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. Antara kitab yang pernah diterjemah, Fiqh Manhaji bab munakahat serta tafsir surah mulk, sajadah,dan 2 lagi surah dari juzuk 29 , terjemahan dari kitab tafsir muktabar. Pernah jga terjemah sebuah buku kecil dari bahaa arab btajuk " penglibatan wanita dalam amal Islam " .Tp tajuk tu tak popular untuk dipasarkan,( kata pengeluar buku )...
Sekarang ni , saya bercita2 menterjemah satu buku kecil berbahasa arab tentang pernikahan, dan hal ehwal kehamilan, penyusuan, hadhanah etc. Buku kecil, tp persembahan nya menarik. Mudahan cita2 menjadi kenyataan.